ANALISA PENCAPAIAN MATAPELAJARAN SAINS
SPM 2010
Subjek | Bil Pelajar | % Cemerlang (A+,A,A-) | ∆ | % Kepujian (B+,B,C+,C) | ∆ | % Lulus (D,E) | ∆ | Peratus Kelulusan | ∆ | GPMP |
FIZIK | 73 | 16.4 | 4.0 | 42.5 | 15.8 | 41.1 | -15.6 | 100 | 5.0 | 5.29 |
BIOLOGI | 36 | 11.1 | 1.1 | 75.0 | 35.0 | 13.9 | -36.1 | 100 | 0.0 | 4.75 |
KIMIA | 73 | 12.3 | 0.7 | 32.9 | 21.2 | 46.6 | -5.1 | 91.8 | 16.8 | 5.95 |
SAINS TERAS | 198 | 8.1 | 1.1 | 36.4 | -2.0 | 36.9 | -5.8 | 81.3 | -6.8 | 6.27 |
Ulasan
Secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains SPM 2010 menunjukkan terdapat peningkatan.
Dari segi kuantitatif matapelajaran fizik,kimia dan biologi menunjukkan peningkatan dengan kimia menunjukkan peningkatan yang terbanyak iaitu 16.8 peratus kelulusan. Walau bagaimana pun sains teras menunjukkan penurunan sebanyak 6.8.
Secara kualitatif pula kesemua subjek menunjukkan peningkatan. Ini ditunjukkan oleh peningkatan peratus cemerlang dan peratus kepujian dan subjek fizik menujukkan pertambahan peratus cemerlang yang terbanyak, 4%
Perbandingan antara keputusan keseluruhan sekolah-sekolah di Melaka; secara umumnya pencapaian pelajar SMK Tun Mutahir terletak di kuatil pertama kecuali matapelajaran sains teras terletak pada kuatil kedua.
Syabas diucapkan pada semua warga SMK Tun Mutahir yang berusaha gigih.
Ketua Panitia Sains
SMK Tun Mutahir
source: sciencepanel2011.blogspot.com
沒有留言:
張貼留言